Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Time Management Method

Tunggu Piya depan sekolah. Datang awal 15 minit. Mahu dengar cerita dia jawab Matematik. Sambil tunggu , buka Laptop. Posting.

Budak budak Cina sekolah rendah kelilng kelalang. Wow. Syok juga apabila budak budak "kagum" dengan alatan kita.

Piya datang dengan tersenyum riang."Mari Piya ambilkan foto papa. Cool macam ini". Lepas ambil foto, "Jom KFC".

Saya, "Periksa macam mana. Tak sabar papa mahu dengar".

Piya, "Ehemmmm. Sedar sedar habis masa. Boleh buat semua. Cikgu dah semak, ok".

"Alhamdulillah." jawab saya. Masuk dalam kereta piya kata, "Terima kasih Papa, Kak Yong, Kak Yah ajar saya. Mama mana?". Saya, "Mama keluar dengan kawan dia. datang dari KL".

Piya, "Saya ingat susah. Rupa rupanya payah. eh eh agak mudah"

Saya, "Payah itu permainan minda sebelum logik terbentang depan mata. Logik hanya akan muncul apabila kita sudah buat. Buat buat buat sampai dapat. Itulah Matematik".

Saya sambung, "Beri masa. Ambil masa. Prioritikan masa". " Guna Prioritization Methods- Steven Covey's Time Management Method. Guna Brian Tracy -Eat The Frog Method"

"Secara purata kita habiskan 16 hingga 19 tahun masa untuk belajar. Masa belajar kemahiran belajar bergantung pada kemahiran menguruskan masa".

Piya, "Masa bekerja pula papa?"

Saya. "Dalam kehidupan, yang terpenting adalah Kemahiran Berfikir".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *