Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Apakah yang menjadikan seseorang itu hebat? Apakah yang menjadikan seseorang yang hebat itu banyak manfaat? Apakah yang membolehkan seseorang itu menyerlahkan kehebatan mereka?
Malam tadi setelah belajar satu jam Bahasa Malaysia, Piya dan kakak kakaknya tonton filem Finding Dory adalah filem tahun 2016 "American 3D computer-animated comedy-drama" yang dikeluarkan oleh Pixar Animation Studios. Ia dipasarkan oleh Walt Disney Pictures.
Filem ini diarah dan ditulis oleh Andrew Stanton dengan arahan bersama Angus MacLane. Manakala lakun layar (screenplay) ditulis bersama oleh Victoria Strouse .
Filem ini adalh sequel atau spinoff kepada filem Finding Nemo yang dikeluarkan pada tahun 2003, setahun sebelum Piya lahir.
Filem ini mengajar "Don't be a quitter". Usah mudah berputus asa. Dory terpisah dari keluarga. Dory adalah "amnesiac fish"-ingatannya singkat dan lupanya lama.
Perjalanan cerita ini adalah tentang usaha dan usaha. Usaha mahu kembali kepada keluarga, ibunya Jenny dan bapanya Charlie. Hakikatnya Dory telah lupa jalan pulang.
Dory dibantu oleh dua orang kawan, Marlin dan Nemo. Pelbagai cabaran ditempuh termasuk ditangkap dan dikurung di California Public Aquarium . Ada hikmahnya. Di situ Dory bertemu Octopus berkaki tujuh bernama Hank. Hank adalah binatang kecewa yang hanya mahu terus tinggal dalam aquarium setelah berdepan "traumatic ocean life"
Marlin dan Nemo pula sentiasa berusaha membantu Dory. Mereka dibantu oleh Singa Laut, Fluke dan Rudder. Mudah cerita, setelah berdepan pelbagai ujian, Dory berjaya bertemu keluarganya. Perkataan paling kuat menangkap ingatan Dory adalah kata kata ibunya, satu ketika dahulu "Just Keep Swimming".
Saya beritahu Piya, "Just keep walking. Just keep reading. Just keep working. Just keep believing" "If you need help, help yourself".
"Usah biarkan sesiapa pun membisik kata mustahil ke gegendang telinga kita. Usah biarkan sesiapa pun mengherdik, mencebik dan mengkritik kita". "Dunia ini terbahagi dua. Ada orang penting dan significant bagi kita.Ada orang non-significant. Peduli mabuk dengan mereka yang non significant".
"Bangkit. Apa yang mustahil itu menjadi "mungkin boleh" dalam satu malam. Apa yang mustahil itu bakal menjadi BOLEH dalam peredaran masa, terutama saat kita sanggup "menempuh belantara" dalam masa 10,000 jam yang "sengsara, luka dan terdera".
"Alangkah manisnya nilai kejayaan selepas tempuh itu"."Sentiasa besarkan akaun keyakinan diri"
Tonton movie dengan anak anak dan beri pengertian makna disebalik cerita. Ini adalah seni mendidik pada ukuran kami.