Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Balik sekolah dia senyum. Gembira dan asyik bercerita. Pagi sebelum periksa, sekolah bagi pelajar makan. Dia makan cepat. Cikgu kata, "Fei Ya lapar". Padahal dia tidak sabar mahu hadapi kertas peperiksaan.
Datang kertas soalan. Kertas Bahasa Cina. Tidak sesukar yang disangka. Tidak semudah subjek lain yang bakal menjelang tiba.
Halangan pertama telah direntasi. Saya tidak ksah samada dia dapat C, B atau A. Dia bukan mahu ke mana mana. Piya akan sambung di sekolah Cina juga.
Saya, "Each of us should make the most of our lives. Chase our dreams. Find our true purpose. Be happy and content. InshaAllah"" The world make way for the person,who know where they are going".
Piya, "Alright".
Saya, "Dalam hidup ini tanya diri, do you lead the pack or do you blindly follow the path of others". "Sentiasa cari "our area of excellence""
Piya, "macamana mahu cari?".
Saya, "ikut sahaja 9 perkara ini. Pertama, kita mesti tronok (triple seronok) dengan kerja kita. Kedua, bina lingkungan yang mendokong apa yang kita mahu buat. Ketiga, ada ilmu dan maklumat cukup untuk buat kerja yang kita mahu buat. Bukan meraba dalam gelap".
"Keempat, ada autoriti untuk buat apa yang kita mahu. Usah jadi bulldozer orang. Kelima, bayaran mesti cukup. The pay should be good. Keenam, ada ruang untuk capai potensi tertinggi kita".
"Ketujuh, tidak berisiko tinggi. Bukan perjudian. Kelapan, Dapat melihat hasil dari usaha kerja buat kita. Kesembilan, sentiasa dalam keredaan Allah jua".
"Jangan sekali pun hidup atas pandangan dan persepsi orang. Pergi mabuk dengan cakap cakap manusia. Kita hanya cari keredaan Allah".
Piya, "ok papa"