Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Hari ini Piya periksa UPSR . Kertas Bahasa Cina. Kertas yang paling sukar bagi Piya.
Semalam 31 Ogos. Piya belajar 6 jam Matematik. Malam tadi, dia mahu belajar lagi. Saya kata, relax. Pergi tengok movie.
Piya kata mahu "mandi bunga". Mama dia belikan bunga. Dia mandi bunga sebelum maghrib. Masuk Maghrib, saya imamkan solat.
Lepas solat dan berdoa, saya tanya "Dari mana tahu atau baca tentang mandi bunga. Untuk apa?".
Piya jawab, "Kawan kawan kata kena mandi bunga sebelum masuk exam. Ada LUCK".
Saya terangkan LUCK itu maksudnya kita telah berada pada tempat yang betul (Lingkungan) , dapat kefahaman yang betul (Understanding) dan berikan komitmen (Commitment) yang sehabis daya. Akhir kata K itu adalah Kuasa Allah.
Mandi Bunga untuk wangi, bagus lah. Mandi Garam untuk bersih baguslah. Kuasa tetap milik Allah, Tuhan Penguasa sekalian Alam.
Pagi ini jam 5.30 pagi saya naik atas kejut Piya dan kakak kakak dia. Semua bangun dan jam 6.30 pagi kami satu kereta ke sekolah. LepaskanPiya masuk gelanggang.
Titipan kata akhir mudah sahaja, "Kita sudah buat habis upaya. Itu proses. Hasil adalah Kuasa Allah. Apa yang terbaik dari hasil kita terima. "Subconscious mind" kita akan beroperasi dalam keadaan terbaik pada "mental climate" yang berbekalkan keyakinan dan penerimaan".
"Tahu dengan tepat apa yang kita mahu. Matlamat yang spesifik untuk 13 tahun akan datang. Pada usia 25 tahun tatkala otak perempuan sempurna matangnya. Apa yang ada hari ini hanya pecutan kecil permulaan".
"Percaya pada hati dan minda bawah sedar akan bawa segala jawapan yang diperlukan. Apa yang telah kita baca dan pelajari awal akan datang tepat pada waktunya apabila Allah izinkan. Pisahkan fakta dengan perasaan. Perasaan adalah permainan minda".
"Bertenang. Orang tenang akan menang. Orang tenang akan senang".