Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Piya, "Cikgu kata, ramai orang bijak, pandai matematik. Sebab apa kita kena pandai matematik papa?".
Saya, "matematik itu ilmu logik. Tahu formula, berlatih cara, pandai lah matematik. Ia ilmu untuk lihat teliti perkara terbentang depan mata".
"Matematik adalah dari perkataan Yunani iaitu "matema" yang bawa maksud pengetahuan, belajar, dan pembelajaran. Ia adalah kajian tentang topik-topik seperti kuantiti yakni nombor, struktur, ruang, dan perubahan"
"Ada pelbagai pandangan di kalangan ahli matematik dan ahli falsafah tentang skop sebenar dan definisi matematik ini. Masa papa budak, mereka panggil Ilmu Hisab. Ilmu Hitung Kira".
"Untuk berjaya Piya, kita perlu pandai hitung kira. Itu matematik. Kita juga kena tahu berimpian besar, matlamat, tujuan, wawasan, missi, visualisasi, foresight, idea dan apa yang dipanggil "prosperity consciousness"". " Ini semua kita panggil Psikologi Kejayaan".
Saya, "Tamat UPSR ini , papa kongsikan 7 cara berfikir kreatif" "Sekarang pergi belajar Matematik dahulu. Ramai orang rasa mahu cepat belajar Psikologi Kejayaan tanpa perlu belajar matematik dahulu. Akibatnya mereka terperangkap di awangan tanpa tahu membilang kira jarak ketinggian"
Piya, "Jatuh itu sakit".
Mama Cikpuan Ruzita Jaafar, "sebiji macam papa. Suka lah tu papa"