Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Formula Orang Berjaya

"Apakah formula untuk berjaya papa?" Tanya Piya.

Saya tanya balik, "Piya rasa apa?".

Piya, "Kerja keras. Hard Work. Determination. Support of friends and family. Find a good mentor".
 
Saya tahu apabila Piya mula bercakap dalam lenggok "Queen's English - Received Pronunciation" itu tanda dia mahu tahu sungguh sungguh.

Saya, "Semua itu betul. Namun semua itu luaran. Apa yang lebih utama, dalaman. Teratas adalah imiginasi. Apa yang dapat kita fikirkan, itulah yang kita akan dapat capai. InshaAllah".

"Berangan angan itu percuma. Catat segera angan angan. Usah takut berimpian besar mahu memetik bintang di langit"

Piya, "Asalkan jangan terpetik bunga larangan". Saya, "Itu lain. Peribahasa lain. Usah takut berimpian besar mahu memetik bintang di langit, takdir tak tercapai, tangan kita tak akan kotor dek lumpur di bumi".

Saya sambung, "Apa yang me-limitkan pencapaian kita hanya ada dalam minda kita. Ideas are the primary tools needed in constructing a powerful mission. Tindakan pula akan menukar idea itu kepada invoice".

Piya, "Invoice itu apa?". Saya, "Nanti tanya Kak Yah (Nursyahirah Aisyah) apabila dia balik. Cuma ingat, "Great accomplihments are always the result of the imagination translated through words and action plans".

"nanti Piya akan belajar banyak. Macam macam Third Force Psychology dari Abraham Maslow, Einstein, Maxwell Maltz dan banyak lagi. Apa yan utama, kembali baca SIRAH. Banyak perkara itu sudah terkandung dalam perjalanan sosok manusia paling agung atas muka bumi, Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wasallam"

Piya, "Ok faham".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *