Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
"Semalam Piya sudah beri hadiah pada cikgu kelas, Lee Lao Tze. Birthday dia", kata Piya pagi pagi lagi.
"Masa beri kawan kawan tengok. Mereka tanya beri apa". "Piya jawab, bukan harga. Nilainya. Lee Lao Tze ajar kita pagi petang dan tiap hujung minggu" "Kita pandai Matematik dan Bahasa Cina sebab dia ajar"
"Ada kawan kawan kata, buat apa bagi. Dia selalu marahkan kita. Bengis sampai kita rasa macam mahu menangis". Panjang lebar Piyamenerangkan.
Saya, "Bagus. Papa suka. Papa teruja. Ambil duit kat mana beli hadiah itu?"
Piya, "Duit belanja harian yang mama beri. Duit untung jualan. Duit yang mama tambah".
Saya, " mahal nampaknya hadiah itu. Sampai top up sana sini. Duit berniaga habis-lah. Beli rm6 jual rm8 , untung hanya rm2. Bukan rm8 itu untung semuanya'.
Piya, "Hehehe. Takpa lah makan semua modal. Asalkan Lee Lao Tze suka hati dan gembira bahagia dengan anak muridnya ini".
Piya tambah lagi, "Papa, kita kena kongsi duit beli hadiah Birthday Kak Wani. Lepas tu kena beli alatan lukisan untuk melukis dengan Kak Yah lepas habis UPSR. Kak Yah balik cuti sebulan sebelum dia sambung bekerja di E&Y".
Saya mencelah, " "parok-putihsta", semua hati nak kena jaga ni Piya". "Baik. Kita kongsi. Berapa peratusan perkongsian ini?" Piya, "Papa 80%. Saya 20%".
Mama , Cikpuan Ruzita Jaafar, "gapo pulak Parok Putista tu?"
Saya, "slogan semangat masa sekolah mahu hantar Piya ke kelas belakang 9 bulan dulu".
Mama, " Aduhhh, tak habis lagi". Saya, "sudah habis. Cuma slogan itu di cipta supaya setiap kali jatuh, Piya akan ingat perkataan ini PAROK PUTIHSTA. dia akan dapat dorongan untuk bangkit segera".
Piya, "Papa cakap apabila dia sudah tiada nanti, apabila orang pijak dan balun Piya sampai Piya rasa sentap, sedih dan macam down sangat, sebut segera PAROK PUTIHSTA. Pasak dalam minda. Kemudian minta pertolongan Allah. Doa dan bangkit melawan sehabis daya untuik bangkit semula".
Mama, "Ajaran gapo la ni". Piya, "Ajaran hulubalang untuk berjuang".