Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Hari ini saya seharian di dalam kelas. Belajar ILMU PERDU dalam Bisnes iaitu ICC (Idea Concept Canvas), CPC (Customer Profile Canvas), VPC (Value Proposition Canvas) kemudian baru BMC (Business Model Canvas). ----> akhir sekali esok kami lengkapkan buat 4AC - Four Action Canvas.
Balik rumah jumpa Piya. Beliau hari sahaja belajar 6 jam. 2 jam Bahasa Cina, 2 jam Matematik dan 2 jam Sains. Ketekunan ini yang mahu saya pupuk. Boleh bernafas bawah tekanan.
Malam ini dia ajak minum Latte di McD. Saya kata, baik-lah.
Dia beritahu dapat markah paling tinggi. Ini peperiksaan keempat tahun 2016. Mac, dia nombor dua, ZY nombor satu. Peperiksaan Mei, Piyanombor satu, ZY nombor dua.
Peperiksaan Julai, ZY nombor satu , Piya nombor dua. Peperiksaan Ogos,Piya nombor satu kembali. Sekali lagi, ini bukan soal nombor satu atau nombor berapa. Ini soal teman "sparring partner" yang akan bantu kita berlari lebih laju.
Ini umpama Lin Dan dan DLCW. Perlumbaan sihat. Saya merasa suka dan teruja. Ini maksudnya lingkungan betul saling mendorong.
Piya beritahu, "Bayangkan dahulu apabila papa mengalah, masa sekolah mahu lontarkan Piya ke kelas paling belakang dahulu. Tiada rasa mahu berlumba. Asyik bergaduh dan bermasalah dalam kelas. Dapat nombor satu pun tiada makna dalam liga yang keberapa. Bukan Liga Super papa".
Saya, "Papa faham. Kita bersuara pada tempat. Apabila diasak sampai ke dinding, berpaling dan melawan dengan sepenuh hati. Jangan undur walau setapak. Lawan dengan sepenuh jiwa". "Lawan antara hidup atau mati".
"Lain masa, mengalah dan beralah. Selagi boleh undur atur tapak, undur lah". "Bertolak ansur dan bekerjasama".
Piya, "Baik papa. Piya akan ingat itu".
Saya, " Kejayaan dalam hidup datangnya dari semangat berjuang menuntut ilmu tanpa jemu". "Kejayaan dalam hidup apabila kita terus berkongsi dengan semangat mahu berbudi sebelum ajal menjemput diri".