Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

27 Ogos 2016

Cikpuan Ruzita Jaafar menulis:

"27 Ogos 2016
Rutin biasa jemput Piya dari sekolah bila ada di sarang adalah satu nikmat yang tidak dapat didustakan.

Masuk jer dalam kereta, Piya terus kata, "Saya dapat nombor 1", Mama.

Alhamdullillah. Tahniah Piya sayang. 😘
Kesian papa dari minggu lepas tiap tiap hari datang jemput Piya dengan harapan dapat jadi orang pertama terima berita gembira. Itulah suami saya, sangat obses dengan kejayaan anak anak.
Kadang kala mengingau risau sangat Piya dah hampir upsr. Selalu juga saya usik minta dia jer masuk exam ganti tempat Piya. 😍

Sempena Piya dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan percubaan. Dia minta belikan buku . Persediaan untuk sekolah menengah pula.

Hari yang manis buat saya. 9 bulan dahulu, sekolah mahu hantar dia ke kelas paling corot dari kelas paling depan. Apa strategi mereka, saya tidak tahu?

Saya "berperang" pertahankan hak Piya untuk duduk kelas depan. Hari iniPiya menutup jualan- membuktikan upaya dan potensi diri.

Catatn saya. "Done". Menguasai 6 subjek dari 8 subjek (bahasa cina belum). Fasa baru dalam hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *