Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Saya, "Sudah berapa lama Piya dalam tekanan pembelajaran".
Piya, "10 bulan. Kadang kadang saya "benci" sekolah. Banyak masa saya suka pula".
Saya, "Aaaahaaa. Itu prosesnya. Kita akan membenci sesuatu yang kita tidak tahu. Sesuatu yang kita tidak faham. Kita akan menyukai sesuatu yang kita mahir dan tahu buat".
"Cabarannya, kita tidak akan terus tahu. Kita kena belajar dahulu. Apabila belajar kita akan ada gaya tersendiri. Tidak semua orang boleh belajar dengan cara yang spesifik. Apa yang terbaik bagi orang lain, tidak semestinya baik bagi kita".
"10 bulan ini Piya mengalami proses "Belakang kapak apabila diasah, ianya tetap akan tajam jua". Dalam bahasa saintifiknya dipanggil metadologi"
"Kita adalah unik mengikut cara kita. Sebab itu ramai orang suka ambil ujian personaliti'.
Piya mencelah, "Macam ujian MBTI yang Papa selalu buat?"
Saya sambung, "Ya. MBTI. Enneagram dan banyak lagi ujian personaliti termasuk Personality Plus". "Setiap orang ada personaliti berbeza. Ini menunjukkan kebesaran kuasa Allah, Pencipta kita".
"Begitu juga cara belajar. Papa akan belajar pada jam 3 pagi sampai subuh. Itu cara Papa. Lain masa akan membaca secara konsisten walaupun di mana mana termasuk dalam bilik mesyuarat".
"Tidak ada "one size fits all approach" dalam pembelajaran dan pengajaran. Kita yang harus tahu sendiri apa yang terbaik buat kita. Untuk tahu kita mesti melalui ketuhar percubaan dalam hidup. Panasnya membahang. Tekanannya kepalang tanggung".
"Bertahan. Tabah. Cekal. Nekad". "Apabila kita tahu apa yang sesuai untuk kita, hasilnya nanti akan datang dengan sendiri. Kita akan menikmati pelayaran pembelajaran ini dengan penuh rasa kasih sayang dan kegembiraan".
"Selalu Papa sebut, "Impian kita hendak lah selari dengan kegembiraan pelanggan. Impian papa dan mama mesti bersandarkan kegembiraan Piyadan kakak kakak"
Piya, "OK. Piya faham sekarang papa. I'm happy now".