Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Kita Belajar Untuk Puaskan Pandangan Orang Atau Untuk Kita Bina Kekuatan Dalaman?

Piya, "Apa punca Papa kata, "fail pun fail -lah". Piya tak faham. Seharian di sekolah Piya fikirkan tentang hal itu"

Saya, "Apa yang Piya rasa apabila Papa sebut begitu".

Piya, "Ada dua rasa. Satu, macam lega. Tiada tekanan. Tiada lagi bebanan untuk hasilkan sesuatu yang sukar. Dua, Piya rasa macam Papa sudah tidak simpan harapan lagi. Papa sudah pasrah".

Saya, "Bagus. Itu yang Papa mahu apabila Papa ungkapkan perkataan itu. Ringankan beban. Bermain dalam kedaan tiada tekanan. Juga yang kedua, bukan hasil yang kita tekankan. Proses yang Papa mahu utamakan".

"Piya kena ingat. Cara kita bergerak. Bermain atas padang ini. Kita tidak ada tuisyen di luar melainkan tuisyen di sekolah dan belajar di rumah. Itu peraturan nombor satu. Tiada kuasa luar membantu".

"Kedua, rule kita adalah proses. Terutama dua bulan sebelum periksa. Papa tetapkan 200 jam belajar di luar dari bilik darjah, di bawah pemantauan Papa. Piya lulus dengan cemerlang, bertekun belajar secara intensif, kecuali ada 26 jam lagi belajar Bahasa Cina , sesuatu yang Papa tidak dapat ajar".

Piya, "Nanti apa orang kata, apabila tidak dapat seperti yang mereka sangka". Saya terus jawab, "Aaaaahhhaa. Kita belajar untuk puaskan pandangan orang atau untuk kita bina kekuatan dalaman".

"Self Discipline is an act of cultivation. It requires you to connect today's actions to tommorow's results. There is a sesason for sowing and a season for reaping. Self Discipline helps Piya know which is which".

"Apabila Papa mula menulis Cerita Piya, ramai juga teman teman yang pandai psikologi keibubapaan yang mengkritik. Kata mereka, papa tidak patut bebankan anak dengan pengharapan 8A, sedangkan soalan dalam Bahasa Cina. Beza besar belajar di sekolah kebangsaan dengan sekolah Cina. Pencapaian UPSR sekolah Cina tidak cemerlang".

" Sesuatu yang Papa tidak jawab walaupun dari awal lagi Papa telah tentukan dalam minda. Beza antara PROSES dan HASIL. Strategi hanya ada dalam minda Papa. Mereka hanya membaca taktik. Taktik tidak lebih dari bunyi bising sebelum kapal mahu karam".

Piya tersenyum tanpa bantahan dan celahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *