Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

“Berhenti cakap masalah, Berhenti cakap susah”

Piya segera menjawab, "Nanti papa malu. Papa tulis macam macam dalam FB. Namun Piya tak dapat hasilkan apa yang sepatutnya".

Saya, "Piya, DLCW cuba berkali kali untuk dapatkan Pingat Emas di Olimpik. Tidak dapat sampai akhirnya. There are always things we can do, and things that are beyond our capacity".

"Albert Einstein ada berkata, "Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid".

Piya, "Kakak kakak cakap senang dan mudah aja UPSR. Kacang gajus aja mereka cakap. 5A dalam tangan setiap orang anak Roslan"

Saya, "Satu aja papa minta. Berhenti cakap masalah. Berheti cakap susah. Serah pada Allah". " Berikan 5A untuk tutup mulut mereka".

Piya, "3A lagi macamana?. 3 subjek lagi"

Saya, "Fail pun fail-lah". "Ada papa kesah. Apa yang utama Piya telah cuba dan belajar dengan tekun selama 3 jam sehari diluar dari masa pembelajaran pagi di sekolah"
 
"Piya bukan mahu masuk MRSM macam mereka. Piya mahu masuk sekolah Cina sampai tingkatan 5. Ada 5 tahun lagi di sekolah dan setahun belajar di Cina untuk kuasai sekurang kurangnya 5000 characters".

" 95% dari orang Cina sendiri tidak dapat menguasai sampai 5000 characters dalam bahasa mereka. sertai yang 5% itu. Ianya pencapaian. Kita tidak berlari jarak dekat. Kita berlari marathon anakku".

Sampai sekolah. Sebelum Piya turun saya berkata, "Bruce Lee kata, "I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but i fear the man who has practiced one kick 10,000 times".

Piya, "Ok papa. I will never give up"

Leave a Reply

Your email address will not be published.