Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Sampai rumah. Lewat. Hampir tengah malam. Piya dan kakaknya ambil. Mood kurang ceria. Mungkin ngantuk. Mungkin juga tekanan musim edah periksa.
Saya diam. Mamanya juga diam. Tanpa sepatah kata dari Piya. Balik terus tidur.
Pagi ini hantar ke sekolah. Piya buka mulut. Beritahu "Masalahnya susah Papa. Soalan dalam Bahasa Cina. Kena jawab pun dalam bahasa Cina".
Saya diam seketika. Perlahan lahan berkata, " Papa jumpa kawan Cina semalam masa belum sampaikan ucapan di Premeira Hotel. Dia beritahu papa, memang bukan mudah. Latihan hadapi kesukaran 11 tahun belajar di Sekolah Cina itulah yang menjadikan mereka tekun berusaha. Apabila masuk universiti, semuanya jadi mudah buat mereka".
Sahabat papa, Tuan Zamri Mohamad menulis dalam FB beliau, dengan memetik kata kata Buya Hamka, "Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil."
"Maksud mudahnya Piya cuba. Tak dapat tak apa. Piya sedang membina DNA 3T -"tabah, tekun dan teruja" untuk mencuba dan mencuba. Usaha di tangan kita. Hasil Allah jua menentukannya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita".
"We are what we repeatedly do. Excellence then, is not an act., but a habit.""Kita ke sekolah untuk menikmati kehidupam zaman kanak kanak yang kaya dengan pembelajaran. Bukan mahu hidup dalam tekanan yang melampau lampu"