Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Piya, "Papa, UPSR 12 hari lagi. Saya bermasalah dengan Bahasa Cina. Sangat "tough". Maafkan Piya".
Saya, "Piya. Lupakan. Ia bukan masalah. Ia sekadar situasi semasa. Papa faham. 10 masa belajar seminggu. 30 minit satu masa. 300 minit. 5 jam seminggu. Setahun dalam 35 minggu belajar. 175 jam.
"Piya baru belajar 1050 jam semasa 6 tahun sekolah rendah. Untuk pandai Bahasa Cina perlu 2200 jam pembelajaran. Piya kena belajar 1150 jam lagi. InshaAllah 5 tahun di sekolah menengah. Dan tambahan setahun papa akan hantar Piya ke China akan mencukupkan kemahiran belajar iniPiya".
Piya, "Sekarang Piya rasa macam hampakan harapan papa dan mama untuk dapat 8A. Piya mungkin dapat 6A sahaja. Mungkin. inshaAllah".
Saya, "Itu sudah cukup baik. Ingat. 8A itu sekadar tiang gol".
Piya, "Itu pun lega. Sains dan Matematik walaupun kena jawab dalam bahasa Cina, ada terma yang tidak tahu mahu tulis dalam bahasa Cina, boleh tulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Itu sudah membantu".
Piya, "Kakak kakak kata, apa susah sangat UPSR. Dapat A kacang aja. Mereka tak tahu kena jawab dalam Bahasa Cina".
Saya, "Piya mahu dengar satu cerita. Cerita Usain Bolt di Olimpik. Ini papa baca dari catatan sahabat papa, Tuan Mazlan Mohamad dalam Fb beliau. Papa bacakan untuk Piya".
"Catat Tuan Mazlan Mohamad, Menurut laporan berita, dalam perlumbaan separuh akhir 200 meter Olimpik lelaki yang berlangsung hari ini, Usain Bolt dilihat sempat 'berborak' dengan pesaingnya dari Canada kira kira 10 meter menghampiri garisan penamat"
"Menurut Usain Bolt, beliau bertanya pada pencabarnya itu, " Apa yang kamu lakukan? Ini hanyalah separuh akhir ?" ( sudahpun layak ke akhir, tidak perlu kerah tenaga mengejarnya).
"Jawab pesaingnya, " Saya perlu kerah anda untuk berlari lebih laju lagi".
"Tulis Tuan Mazlan Mohamad, Dari sudut iktibar, dalam hidup ini adakalanya kita memerlukan seseorang untuk mencabar diri kita untuk terus menjadi lebih baik dari sebelumnya"
Saya sambung, "Piya anak papa dan mama. UPSR sekadar cabaran. Papa besarkan cabaran ini dari yang sepatutnya untuk Piya faham. Inilah kehidupan. penuh dengan ujian. Hadapi dengan tenang. Usaha sehabis daya. Hasil usaha serah pada Allah yang Maha Kuasa".