Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Kepintaran Linguistik Penting Untuk Masa Depan

Tadi jumpa lawyer Azwani Abdul Rahman. Dia tanya, "Bagaimana mahu anak pandai English macam Piya". Saya jawab seperti yang telah diberitahu dahulu.

Tengahari datang Kuala Lumpur. Nursyahirah Aisyah ambil kat airport. Kami naik MyV sambil bercerita. Banyak masa saya tadah telinga. Dengar kisah anak anak.

Syahirah bercerita perihal intern beliau di E&Y. Sudah tamat minggu ini selama 6 bulan. Minggu lepas Partner E&Y panggil interview. Mudahcerita dia ditawarkan kerja terus serap di E&Y.

Syahirah Aisyah tanya apa sebab dia terpilih. Boss dia jawab, pertama, ketekunan kerja. Ini soal sikap dan mindset.

Kedua, keupayaan kerja. Pengetahuan dan Kemahiran. Ketiga, kemahiran komunikasi. English yang sangat baik. Pronunciation. Penyebutan patah patah perkataan.

Dan bonus penting, kemahiran menulis. Grammar yang betul dan susunan ayat yang baik. Tidak ramai orang ada kebolehan begini. Boss itu tanya, "awak anak siapa" "Apa kerja parent awak".

Syahirah Aisyah beritahu, bapa saya orang kampung. Berniaga sedikit sebanyak. Boss itu kata, tidak mungkin. Mendengar awak menyebut patah patah perkataan, ayah awak mesti "seseorang-somebody".

Benar-lah Roslan itu orang kampung. Cuma setiap hujung minggu, mereka akan berada di MPH. Pilih buku dan komik. Bahasa Inggeris. Kemudian balik baca. TV tengok Disney. Saya perhatikan sebutan dalam movie. Mana yang tidak menepati sebutan betul, tidak perlu tonton.

Syahirah dan kakaknya masa itu masih kecil. Dengar dan patuh. Apabila berjaya bentuk kedua anak yang diatas, anak yang dibawah akan ikut dan buat perkara serupa.

Piya anak Gen Z. Ada youtube. Sebab itu sebutan English dan Cina dia pekat dan padat. Bunyinya melekat.

Yang sedikit hancur BM. Kelate-nya pekat. Tidak seperti kakak kakaknya. Setahun dua lagi saya kena hantar dia ke KL. Pulihkan BM beliau pula.

Kepintaran Linguistik penting untuk masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.