Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Membina Watak dan Potensi Insan

Pagi pagi, Piya bertanya "Kita ini negara dunia ke berapa. Maju, membangun, dunia ketiga?" "Piya rasa kita masih dunia ketiga".

Saya, "Apa sebab kata begitu?. Kita adalah negara membangun yang akan jadi negara maju"

Piya,"Banyak perkara. Kita buang sampah merata rata. Tiada kebersihan. Air bersih masih belum ada pada banyak tempat. Tiap minggu Piya baca dalam internet, ada sahaja pembunuhan berlaku. Ada orang mati kena tembak. Internet pun slow macam ciput".

Saya, "Mungkin. Benar. Itu indikator betapa perlahannya kadar kemajuan kita. Sedih. Kita mahu jadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Jalan ke-arah itu sungguh perlahan. Kita pandai sembang, buatnya tidak ketahuan".

Piya, "Indikator itu apa?"

Saya, "Petanda. Indication. Apa yang tertulis jelas apabila kita ada insight membacanya. Ia tidak nampak pada orang yang bergelak ketawa.Ia nampak ketara apabila kita guna mata hati. Bukan jerit laung melulu sokongan tak tentu kalu".

Piya, "Semalam dalam kelas, Lao Tze cerita tentang SCL, kawan kami. Hidup sungguh sukar setelah ayah meninggal. Ibu bawa adik adik pergi ke tempat lain. Dia jadi "anak lebihan". Berpindah dari satu keluarga ke satu keluarga. Tiada siapa mahu terima"

"Sekarang tinggal dengan atuk saudara. Atuk pula kena kanser. Piya menangis. Bukan meraung. Menangis keluar air mata masa Lao Tze cerita. Piya beruntung ada mama dan papa. I love u pa ma".

"Negara kita ini, usah jadi macam Iraq, Syria, Libya dan banyak tempat Central Asia. Sedih tengok anak anak tiada tempat belajar. Jadi pelarian ke negeri orang".

Mama, "nanti bawa duit bagi kat SCL. Cakap mama bagi"

Piya, "mana boleh macam tu. Kita support emosi dia. Bukan main kesian hulurkan wang. Banyak benda kita tidak faham".

Saya, "Apabila tidak luah kasih sayang sekarang. Sampai saat kita akan kehilangan. Ujian Tuhan datang bertandang. Kita tidak pernah faham maksud ingatan, hingga satu ketika kita tahu itu cara Tuhan membina watak dan potensi Insan"

Piya, "Baik Pa. I Love u ma.".

Saya, "Aikkk. Mama aja". Piya, "Hahahaha. 3 kali kata sayang kat ma, baru boleh kata sekali pada papa".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *